SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan adalah cantuman dari tiga buah sekolah rakyat dalam Mukim Padang Hang iaitu :

  • Sekolah Rakyat di Kampung Simpang Tiga
  • Sekolah Rakyat di Kampung Teluk Junus
  • Sekolah Rakyat di Kampung Huma
Ketiga-tiga sekolah ini dicantum dan dibina sebuah sekolah baru yang diberi nama Sekolah Simpang Tiga di atas tanah bendang seluas enam relong kepunyaan Hajjah Teh Binti Haji Saad yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 1955. Bagunan ini telah dirobohkan pada tahun 1966 dan digantikan dengan bangunan baru. Pada tahun 1966 bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Tun Abdul Razak bin Hussin.


      Pada Tahun 1985 dua blok bangunan dibina lagi secara pasang siap. Pembinaan ini adalah di bawah Jabatan Kerja Raya. Blok pertama adalah untuk kelas dan Blok kedua adalah untuk menampung kelas dan ruang pejabat.

        Pada tahun 2002 Kementerian Pelajaran Malaysia membina lagi satu blok yang mengandungi 3 tingkat.Blok baru ini mempunyai pelbagai kemudahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehingga Tahun 2003 sekolah ini cukup lengkap dengan pelbagai prasarana antaranya Bilik Pra-sekolah, Makmal Komputer dan surau.


VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Murid Melalui Pendidikan Berkualiti




"TAG LINE" SEKOLAH

  
  SKST, THE BEST!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan